Wednesday, September 22, 2010

JAWATAN KOSONG OKTOBER 2010

JAWATAN :

1. Pegawai Penyelidik / Penolong Pegawai Penyelidik

2. Eksekutif / Pembantu Pemasaran

3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

4. Pembantu Teknik (Lelaki)

5. Pemandu


***TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Jawatan 1 - 4 adalah pada 15 Oktober 2010

Jawatan 5 adalah pada 6 Oktober 2010


SYARAT LANTIKAN DAN DESKRIPSI TUGAS:

1. Pegawai Penyelidik / Penolong Pegawai Penyelidik

Syarat Lantikan:

i. Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Sains atau Bioteknologi (Mikrobiologi) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

ii. Pengalaman : 2-4 tahun pengalaman dalam bidang penyelidikan.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penyelidikan di makmal dan lapangan.


2. Eksekutif / Pembantu Pemasaran

Syarat Lantikan

i. Kelayakan :Ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan / Pemasaran / Teknologi Maklumat

ii. Pengalaman : 2-4 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan pemasaran.

iii. Mempunyai kenderaan sendiri.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan dan memastikan aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran yang diperlukan, mengkoordinasi jualan, dan menyemak serta membuat analisis jualan bulanan.


3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

i. Kelayakan :Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

ii. Pengalaman : 2-4 tahun pengalaman dalam bidang teknologi maklumat.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem syarikat.


4. Pembantu Teknik (Lelaki)

i. Kelayakan : SPM / PMR / SRP

ii. Pengalaman : 1-2 tahun pengalaman dalam bidang-bidang berkaitan pelaksanaan projek, pemasaran dan pengeluaran.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membantu bahagian projek untuk melaksanakan kerja-kerja aplikasi rawatan di tapak yang ditentukan, membantu bahagian pemasaran dalam penjualan dan promosi produk, membantu bahagian pengeluaran dan inventori serta tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan.


5. Pemandu

i. Kelayakan : (a) SPM / PMR (b) Mempunyai lesen memandu GDL.

ii. Pengalaman : 1-2 tahun pengalaman dalam penghantaran barang.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memandu lori / pacuan 4 roda untuk menghantar barang atau kakitangan syarikat ke lokasi tertentu, menghantar kenderaan untuk diservis, memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik, bersih serta membantu bahagian pengeluaran atau bahagian projek sekiranya diperlukan.


Calon yang berminat boleh menghantarkan pemohonan kepada:

J-Biotech Environment Sdn. Bhd.,

#G-17, Park Avenue Commercial Centre,

Jalan Mawar 4, Taman Tampoi Indah II,81200 Johor Bahru,

JohorTel : 07-2411 814Fax : 07-2411 812


atau email kepada : jbiotech_environment@yahoo.com

1 comments:

  1. untuk jawatan 1, boleh ke fresh graduate apply?
    saya fresh graduate usm kos bioperubatan.
    kalau boleh apply,dokumen apa yang perlu disertakan dalam permohonan?

    ReplyDelete